Isnin, 8 Jun 2020

Resepi ayam hainan simple




Sebelum tu, kita rebus dulu ayam dengan 1 sudu besar serbuk lada putih asli dan 3 ulas bawang putih dicincang kasar.

Rebus macam biasa sampai masak. Kemudian toskan.


Bahan-bahan:

-Ayam rebusan tadi
-Daun sup
-1 ulas bwg merah
-Daun bwg
-2 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar sos tiram (bancuh sebati)


Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Tumis bwg merah sampai naik bau.
2. Tuangkan air bancuhan tepung jagung dan sos tiram.
3. Tunggu sampai mendidih, kemudian masukkan daun sup. Nak tambah cili padi pun boleh kalau nak pedas.
4. Padamkan api. Tuang sup tadi ke atas ayam.
5. Taburkan daun bawang. Siaaappp!✌🏻

Senangkan? Selamat mencuba. 
Kita jumpa di episod lain.🤭

Tiada ulasan:

Catat Ulasan